Sunday, June 8, 2008

harga minyak naik pulak lagi

perrrghhh..itu je yang boleh di kata. Ringgit Malaysia 78 sen petrol naik seliter menjadi RM 2.70. Bagus govt sekarang.........kesimpulan aku
Apabila dilanda bencana, kita samada redha, menyalahkan tuhan, atau berkata ada hikmah di sebaliknya. Itulah 'background assumptions' kita yang dipupuk sejak kecil. Malah itu budaya kita yang tersangkut dengannya elemen kepercayaan (belief) dan kesetiaan (faith). Di Amerika ada golongan (bukan Islam) yang bersembahyang serta berdoa supaya harga turun. Tetapi harga tetap naik. Ini jugalah yang sedang dihadapi oleh kita sekarang. Semua rakyat mengeluh, marah, malah memberontak atas kenaikan harga minyak. Dalam masa yang sama pihak yang memerintah menjamin itu ini dalam masa susah sekarang. Tentulah selaku pemerintah, mereka perlu berkata sesuatu untuk menenangkan rakyat dan bagi mengelak kekecohan serta risiko keselamatan. Pada pendapat I, tidak lama lagi kebanyakan kita akan terdesak dan tersedak. Jika dulu harga roti canai naik hanya kerana harga gandum naik, sekarang harga hampir keseluruhan barang akan naik dengan kenaikan petroleum. Malah harga pembungkus atau container barang sekalipun akan naik disebabkan kenaikan ini. Ini kerana semuanya berasaskan petroleum. Apa saja yang bersangkutan pembuatannya dengan bahan asas petroleum (dan kebanyakan produk adalah berasaskan ini samada satu atau lain bahannya) maka adalah tidak menjadi logik akal untuk kerajaan mengawal kenaikan harga lain. Walaupun di peringkat awal nampaknya seperti boleh dikawal, masa dan tekanan akan menjuruskan kerajaan untuk mengalah dengan keadaan ini. Justeru, bersedialah untuk kenaikan harga setiap barangan. Daripada alat solek hinggalah kepada cecair pencuci tandas. Semuanya akan naik. Harga diapers bayi juga akan naik kerana pembuatan plastik tentunya melibatkan bahan petroleum. Juga bersedialah untuk membaca dan mendengar pelbagai alasan tentang kenaikan harga barangan lain yang bersangkutan dengan kenaikan harga minyak tersebut. Jika tidak ada mekanisma bagi membantu meringankan beban kakitangan awam dan sesetengah kumpulan swasta, maka ini akan menjadi resipi huru-hara disebabkan 'spiralling effect' yang boleh membawa banyak kesan buruk yang lain. Strata penduduk akan lebih berjurang. Ada yang kaya akan bertambah kaya, dan yang miskin tidak ada jalan lain kecuali memberontak bagi hak dan kesamaan. Harapnya mekanisma membendung kenaikan harga oleh kerajaan adalah baik serta ampuh dan boleh mengurangkan beban rakyat. Tentulah mekanisma ini melibatkan kawalan yang lebih ketat supaya golongan dan rantaian pengeluar (suppliers) tidak mencengkam pengguna.

No comments: